Tuesday, August 7, 2012

Sebelum aku....

Assalammualaikum...

Aku sudah mengalami keGAGALan...aku juga sudah menghadapi kekecewaan. Tekanan dan bebanan. Sindiran serta kutukan. Kawan jadi lawan. Si kekasih yang menyisih... Ditipu, dikhianati, dilabel sebagai Sang Pemimpi disiang hari. Namun aku terus cekal dan gelak tawa tanpa aku sedari sekarang ini aku kecapi apa yang aku kehendaki berkat dari aku harungi segala keperitan semua itu. 

Pada mulanya, ada seorang kawanku memberitahu dimana bapa dia (arwah dah) minta dia jangan berkawan dengan aku kerana kerja penulisan itu tidak menjamin masa depan. Betul... ianya tidak boleh kalau kau bukan seorang penulis. Aku penulis ke? Aku pun masih terumbang-ambing ketika itu. Cari dan terus mencari. Dari aku menulis, aku cuba pula untuk naikkan sebuah kumpulan muzik. Aku belajar untuk jadi pengurus kumpulan dari sebuah game bertajuk Rock Manager. Memang susah.... Di tipu pun ada. Aku jumpa macam-macam orang dalam dunia seni muzik ni. Ada yang okey, ada yang macam sial. Yang okey tu terus terang aku katakan bukan bangsa aku sendiri... mereka banyak mengajar aku. Akhirnya mungkin bukan jodoh ku dengan bidang tu apabila masa tu hanya tersilap satu je, maka kumpulan yang aku bawa itu tak dapat nak jadi recording artist. Aku diam seketika. Aku kerja pula di sebuah persatuan. Kat sini, aku belajar macam mana nak buat majlis. Majlis besar yang aku handle sebelum aku berhenti adalah majlis bersama Menteri Besar Selangor ketika itu iaitu Khir Toyo. 

Aku terus mencari minat aku ni. Macam mana aku nak capainya. Aku terjah mana-mana syarikat yang buat drama dan filem. Hinggalah pada suatu hari, tanpa aku duga, karya aku memang sebiji tapi di ubah sikit dan di tukar tajuk di filemkan. Tersentak aku dibuatnya. Maklumlah pada ketika itu tiada hitam putih... nak buat macam mana...

Aku terus meniti mencari ruang aku sendiri. Hinggalah aku bermula dengan drama MITERI 26 Episod di TV3 pada 2006 yang dibawa oleh abang aku sendiri dan setelah itu, pada tahun 2007, aku mula menghasilkan karya pertama aku di kaca TV di slot Cerekarama bertajuk DOSA SEMALAM pada tahun 2007. Alhamdulillah... hasil permulaan dari situ, aku terus meniti dan meniti hinggalah ke saat ini ianya tanpa henti. Terima kasih kepada mereka yang membawa aku masuk ke bidang yang aku minati. 

Dari apa yang aku luahkan ini, adalah untuk berkongsi pada anda semua dimana kejayaan atau kekayaan seseorang itu bukan mudah untuk di kecapi. Aku bermula dari zero... dari zero itu aku kini berstatus profesional dalam bidang aku. Dulu aku cari syarikat penerbitan, tapi kini, mereka semua cari aku. Kenapa? Sebab aku berfikir, memudahkan kerja orang, Allah akan memudahkan kerja kita. 

Kita sedia maklum... kita bukannya lahir-lahir dari darah raja ataupun anak pembesar mana-mana. Aku yang lahir dari keluarga yang tiada sekangkang kera tanah dibumi Melayu ini walaupun aku Melayu... tapi aku cuba memilikinya dengan hasil titik peluh aku sendiri. Walaupun hidupku bukan senang macam orang kaya, tapi aku mampu miliki apa saja yang aku mahu. 

Kini, baru aku sedari. Kekayaan itu memang amat sukar di miliki kalau bukan dari perit jerih yang kita bakal lalui. Liku-liku itu membuatkan kita kenal pada diri kita sendiri dan asal usul kita. Kalau baca buku Berani Gagal pun, ada tertulis tokoh-tokoh orang yang kaya yang hidupnya susah dan menderita sebelum menjadi kaya. Jadilah kaya dengan hasil anda sendiri. Bukan dari hasil dari loteri ataupun pemberian pusaka keluarga. Barulah anda akan terasa yang kekayaan itu adalah milik anda. Tapi jangan lupa untuk bersedekah pula. 


Monday, July 2, 2012

Jauh memandang masa depan yang belum tahu apa jalanceritanya... wahahahah

Sunday, May 20, 2012

Hasil Karya 2012 (Jan - Jun)

NANTIKAN KARYA-KARYA TERBARU TOK UBAN DIKACA TV ANDA :


1. Menantu 3 Rasa ( 13 Episod) - RTM
2. Masitah (13 Episod) - RTM
3. Mencari Identiti (13 Episod) - TVi
4. Cikgu Timah Minta Tukar - ASTRO Warna 

Sehari di rantau orang - Universal Studio Singapore

Bergambor dengan Kungfu Panda.... Tapi dia lebih gemuk dari aku. Hahahah....





Kedua-dua anak lelaki ku yang penat tetapi masih ceria. 





Muhammad Hazqil Hakimi bin Mohd Fadzil dihadapan kereta Bumblebee....





Ini dia peminat setia Bumblebee... Muhammad Hariz Haikal bin Mohd Fadzil. 





Lori siapa pula yang rosak tepi jalan ni??? Kami tumpang ambil gambar yer....



Nampak macam suasana diluar negarakan? Padahal Singapore jer.... 




Isteri dan anak-anakku...






Tangkap hensem lah tu....









Yeye.... aku dah sampai Universal Studio...





Dihadapan istana kerajaan Far Far Away... Mana tu?



Yang ni Alex... watak dalam Madagascar.... 

Monday, May 7, 2012

7 Mei 2012 - Maka terciptalah Citra Chinta Studio yang bertanggungjawab mengawal serta melindungi segala karya aku di dalam bidang seni tanahair. Bukan sahaja di daftarkan untuk penghasilan karya seni, tetapi banyak lagi yang boleh dilihat didalam blognya tersendiri tidak lama lagi. KepadaMu Ya Allah, berkatilah perjuangan hambaMu ini.

Saturday, January 7, 2012

Karya 2011

2011 - Penulis Skrip Telefilem / Drama Bersiri

- Sedepa ke Syurga (Penulis Skrip) - Astro Prima

- Kasih Fatimah (Cerita Asal / Penulis Skrip) - TV9

- Hostel Ramadhan (Drama Bersiri 13 Episod) - TvalHijrah

- Cinta Alif Ba Ta (Drama Bersiri 13 Episod) - TvalHijrah

- Helah Berbisa (Cerita Asal / Penulis Skrip) - TV9

- Kekasih Awal dan Akhir (Penulis Skrip) - TV9

- Kasanova Jelita (Penulis Skrip) - Astro Warna

- Nur Ain (Cerita Asal / Penulis Skrip) - TV3

- Disini Bermula (Cerita Asal / Penulis Skrip) - TvalHijrah