Telefilem
“SELAGI ADA WAKTU”
By : Mohd Fadzil Mazlan (Tok Uban)
Shooting Draf
FADE IN
Openning Tittle
1. Int. Kilang – siang
Watak : Farid, Kamal, Ext.
Suasana kedengaran bising dek kerana bunyi mesin yang berfungsi.
Farid yang beruniform kilang sedang memerhati mesin-mesin ketika itu.
Seketika Farid merasakan telefon bimbitnya berbunyi dan dia segera mengambilnya. Dia melihat terlebih dahulu di skrin telefon sebelum menyapa Kamal untuk meminta diri seketika bagi menjawab panggilan itu.
Selepas memberi fail kepada Kamal, Farid beredar.
CUT TO/
2. Ext. Kilang
Watak : Farid
Farid berjalan keluar sambil bertelefon.
FARID
Hujung minggu ni? (pause)
Farid tak tentu lagilah kak... Sekarang ni Farid sibuk.
CUT TO/
3. Int. Pejabat Marina
Watak : Marina
Marina duduk di kerusi sambil bertelefon.
MARINA
Hai, kerja kilang macam kau pun sibuk? Macam kerja besar pula. (pause)
CUT TO/
4. RESUME 2
Farid melihat telefon bimbitnya seketika setelah mendengar sindirian Marina kepadanya. Dia berjalan ke satu tempat untuk duduk sambil meneruskan bercakap.
FARID
Lagipun Farid shif malam minggu depan. Tengoklah nanti. Farid banyak kerja ni. Okeylah kak...
Farid menamatkan panggilan lalu beredar.
CUT TO/
5. RESUME 3
Marina tergamam mendengar Farid menamatkan panggilan itu. Dia geleng kepala lalu meletakkan gagang telefon.
CUT TO/
6. Ext. Masjid – malam
Watak : Pak Hamdan, Pak Leh, Imam
Pak Hamdan, Pak Leh bersama Imam berjalan keluar dari masjid setelah selesai bersembahyang.
IMAM
Dengar cerita, ramai juga orang kampung kita ni dapat pergi haji.
PAK LEH
Dengar-dengar macam tulah, Pak Imam. Hah, nama Hamdan ni pun ada. Tak gitu, Hamdan?
HAMDAN
Alhamdulillah imam... Rezeki saya tahun ni.
IMAM
Syukurlah. Sedang kita masih terdaya dan mampu macam nilah wajib kita tunaikan rukun islam kelima tu. Hah, kamu bila lagi Saleh?
Pak Leh terkedu.
PAK LEH
Insyaallah, imam. Belum ada rezeki lagi barangkali.
Imam dan Pak Hamdan hanya tersenyum. Mereka bertiga berjalan balik.
IMAM
Hah, Hamdan. Kamu kata tadi, nak pergi Kuala Lumpur?
Bila?
PAK HAMDAN
Insyaallah, esok, imam. Terlanjur pergi sana, boleh singgah rumah anak saya. Tengok cucu...
IMAM
Elok benarlah tu...
Pak Hamdan, Pak Leh dan Pak Hamdan meneruskan perjalan beredar.
CUT TO/
7. Ext. Warung Makan
Watak : Farid, Wani
Farid dan Wani sedang makan sambil berbual.
WANI
Wani rasa ada betul kata kakak awak tu. Awak pergilah. Tak lama, asalkan jumpa ayah awak tu, cukuplah.
Farid hanya terdiam sahaja.
FARID
Saya bukan tak nak pergi. Ntah, rasa macam malas nak pergi.
WANI
Hati orang tua, tak lama mana pun dia nak marah. Manalah tahu awak pergi kali ni dia dah berubah.
FARID
Berubah awak cakap? Huh, awak tak kenal abah saya tu. Walaupun saya ni anak bongsu dia, eee... susah orang tua tu.
WANI
Habis, sampai bila awak tak nak jumpa dia? Raya tahun depan?
Farid terdiam melihat Wani.
CUT TO/
8. Int. Rumah Sewa Farid / Bilik
Watak : Farid
Farid duduk di birai katil termenung jauh.
DISSOLVE TO FLASHBACK
9. Int. Rumah Pak Hamdan – siang
Watak : Farid, Pak Hamdan
Farid sedang baring di atas kerusi di ruang tamu sambil bermain gitar dan menyanyi perlahan.
Pak Hamdan masuk setelah pulang dari kebun. Dia melihat Farid yang asyik bermain gitar ketika itu.
PAK HAMDAN
Farid..!! (tinggi) Farid...!!
Farid melihat Pak Hamdan dan berwajah selamba.
PAK HAMDAN
Apa nak jadi dengan kau ni hah? Terbaring macam ular sawa kenyang..!
FARID
Aduh... bisinglah.
PAK HAMDAN
Aku cakap, kau kata bising. Aku suruh belajar, kau tak nak. Suruh cari kerja, sampai sekarang tak dapat. Apa kena dengan kau ni?
FARID
Farid bukan tak nak kerja, dah dia orang tu, tak nak ambil Farid kerja. Nak buat macam mana? Tak kan nak paksa pula.
PAK HAMDAN
Oo...pandai menjawab eh...
Siapa nak ambil kau bekerja kalau dah pemalas macam ni.
Huh, jangan cakapkan kerja pejabat, kerja kilang pun tak nak ambil pemalas macam kau ni.
Farid hanya diam dan menjeling.
PAK HAMDAN
Cubalah ikut abang dan kakak kau tu. Belajar tinggi, kerja bagus-bagus. Kau...! Apa ada...
Farid mula berasa panas telinga. Dia bangun dengan memegang gitarnya.
FARID
Balik-balik abah samakan Farid dengan abang Kamarul dengan Kak Marina tu. Itu dia orang, ni Farid... Hish...
Farid beredar keluar dari rumah.
PAK HAMDAN
Degil. Cakap orang tua tak nak dengar...
Pak Hamdan bangun lalu berjalan ke arah dapur.
CUT TO/
10. Ext. Rumah Pak Hamdan – siang
Watak : Pak Hamdan, Posmen
Pak Hamdan sedang membersihkan halaman rumah.
Posmen muncul memberhentikan motorsikalnya. Dia mencari surat dari ikatan surat yang banyak di handle motor.
Pak Hamdan menghampiri posmen itu.
POSMEN
Muhammad Farid Bin Hamdan...
Posmen itu memberikan surat itu kepada Pak Hamdan sebelum beredar.
Pak Hamdan melihat surat di tangannya ketika itu sebelum beredar ke arah rumah.
CUT TO/
11. Ext. Rumah Pak Hamdan – malam
Watak : Farid, Mamat
Sebuah motorsikal yang di pandu oleh Mamat dan di bonceng oleh Farid berhenti di luar rumah.
Farid turun.
FARID
Okey. Jumpa besok...
Mamat beredar.
Farid berjalan perlahan menuju ke rumah.
CUT TO/
12. Int. Rumah Pak Hamdan
Watak : Pak Hamdan, Farid
Farid masuk dan mengunci pintu rumah.
Pak Hamdan yang masih berbaju dan berkain sarung serta kopiah di kepala keluar dari bilik melihat ke arah Farid yang baru pulang itu.
PAK HAMDAN
Apa nak jadi dengan kau ni. Tiap-tiap malam keluar, balik pula jauh malam. Dok melepak tak tentu hala. Bila kau ni nak jadi orang...
FARID
Aduh..., dah malam ni bah. Kalau nak membebel pun, tunggulah besok. Farid letihlah...
PAK HAMDAN
Itulah alasan kau.
Tu, ada surat. Panggilan kedua ke Politeknik. Dari kau duduk saja kat kampung ni, abah nak kau masuk belajar.
Farid mengambil surat itu dan melihatnya seketika.
FARID
Tengoklah nanti...
Farid beredar masuk ke biliknya.
Pak Hamdan hanya melihat sahaja menahan geram.
CUT TO/
13. Ext. Kebun Pak Hamdan – siang
Watak : Pak Hamdan, Pak Leh, Farid
Pak Hamdan duduk berehat seketika sambil berbual dengan Pak Leh.
PAK HAMDAN
Ntahlah, Saleh. Aku pun tak tahu nak buat macam mana dengan Farid tu. Ada saja jawapan dia. Suruh ke kebun malas, belajar, tak nak... Pening aku dibuatnya.
PAK LEH
Darah muda, Hamdan. Semuanya ikut hati, tak pernah nak fikir. Kalau dah tersungkur nanti, baru mereka nak nyesal.
Pak Hamdan bangun dan berjalan ke satu arah. Dia mengeluarkan parang dari sarung yang terlekat di pinggang lalu menebas-nebas sedikit lalang yang ada.
Farid muncul. Dia bersalam dengan Pak Leh.
FARID
(salam Pak Leh)
Pak Lang...
PAK LEH
Hah, Farid. Kamu dari mana ni?
Farid rasa serba salah hendak menjawab. Dia menjeling ke arah Pak Hamdan.
FARID
Eaaa... Cari kerja Pak Lang.
Pak Hamdan yang mendengar hanya menjeling.
PAK LEH
Hah, dapat ke tak?
FARID
Eaa...dapat.
Pak Hamdan berhenti menghayun parang pada semak. Dia melihat Farid.
PAK LEH
Hah, baguslah macam tu. Kerja apa?
FARID
Kerja kilang kat Shah Alam...
PAK HAMDAN
Nak kerja buat apa lagi? Surat tawaran belajar dah dapat. Dah, jangan mengada-ngada nak kerja.
FARID
Belajar bila-bila masa pun boleh. Sekarang Farid nak kerja dulu. Cari duit sendiri, berdikari.
PAK HAMDAN
Cari duit sendiri konon. Diri sendiri pun tak terurus, sudah.
FARID
Argh... Farid nak kerja juga.
Pak Hamdan melihat Farid penuh geram.
PAK HAMDAN
Apa kau kata?
FARID
Farid nak kerja...!!
PAK HAMDAN
Eh budak ni... Degil..!
Pak Hamdan menggertak Farid dengan parang di tangan.
Farid berselindung di belakang Pak Leh.
Pak Leh menenangkan keadaan dengan menahan Pak Hamdan.
PAK LEH
Sudah...! Jangan nak bergaduh..
PAK HAMDAN
Baik. Kalau kau betul nak kerja, kau pergi. Nak berdikari? Hah, pergi. Aku nak tengok berapa lama kau punya berdikari tu...!
Farid terdiam. Dia merasakan bagai di cabar lalu beredar.
CUT TO/
14. RESUME 8
Farid baring di atas katil dengan matanya masih terbuka merenung ke arah siling bilik. Setelah itu, dia mengerengkan badan untuk tidur.
FADE OUT
FADE IN
15. Ext. Stesen Bas – siang
Watak : Pak Hamdan
Pak Hamdan turun dari sebuah bas ekspress dan membawa sebuah beg pakaian berjalan ke bahu jalan. Dia melihat sekitar seperti mencari sesuatu.
CUT TO/
16. Ext. Telefon Awam
Watak : Pak Hamdan
Pak Hamdan berjalan menuju ke sebuah telefon awam. Dia mengeluarkan duit siling dair poket seluarnya berserta sekeping kertas kecil yang mengandungi nombor telefon. Dia menganggat gagang telefon dan mendail setelah duit siling di masukkan.
CUT TO/
17. Int. Pejabat Kamarul
Watak : Kamarul, Harun, Zin
Kamarul sedang sibuk melihat dan berbincang mengenai kertas projek bersama dua orang rakannya Harun dan Zin.
Tiba-tiba telefon bimbit Kamarul berdering. Dia melihat seketika di skrin telefon dan tidak menjawabnya lalu dimasukkan semula ke dalam poket seluarnya.
HARUN
(hairan) Kenapa tak jawab telefon tu?
KAMARUL
Malaslah aku. Nombor aku tak kenal...
Dahlah, kita teruskan...
Kamarul meneruskan perbincangan bersama dua orang rakannya itu.
CUT TO/
18. RESUME 16
Pak Hamdan berasa hairan apabila panggilannya tidak di jawab. Dia meletakkan gagang telefon sebelum mengambil semula duit siling yang jatuh untuk mendail satu lagi nombor lain.
CUT TO/
19. Ext. Siar Kaki
Watak : Marina
Marina kelihatan kelam kabut berjalan dengan membawa beg bimbitnya di siar kaki seperti mengejar sesuatu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan dia segera mencari telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Dia segera menjawab.
MARINA
Hello...(pause)
Abah..., Abah dah sampai ke? (pause)
Rina betul-betul minta maaf, Rina ada mesyuarat penting ni.
Emm... Abah naik teksi jelah pergi rumah Abang Kamarul. (pause)
Okey abah, nanti jumpa kat rumah..
Marina menamatkan panggilan dan berjalan secepat mungkin kerana telah terlewat.
CUT TO/
20. Int. Rumah Kamarul – malam
Watak : Pak Hamdan, Izati, Ikhwan, Kamarul
Pak Hamdan bermain dengan cucunya, Ikhwan di ruang tamu.
Izati muncul dari dapur dengan membawa secawa minuman. Dia menghidangkan di atas meja di ruang tamu.
IZATI
Minum, bah...
PAK HAMDAN
Letak kat situ dulu. Nanti abah minum.
Izati duduk di kerusi dan mengambil sebuah majalah di bawah meja lalu di bacanya.
PAK HAMDAN
Selalu ke Kamarul tu balik malam macam ni?
IZATI
Selalu juga. Lagi pun sekarang ni syarikat dia dapat banyak projek baru. Sibuk agaknya...
Pak Hamdan hanya diam sebelum dia mengambil cawan di atas meja lalu minum.
Kedengaran bunyi enjin kenderaan di luar rumah.
IKHWAH
Hah, itu ayah balik...
Pak Hamdan meletakkan cawan di atas meja semula.
Kamarul masuk ke dalam rumah dan terkejut melihat Pak Hamdan berada di ruang tamu.
KAMARUL
(hairan) Eh, abah. Bila abah sampai?
Kamarul bersalam dengan Pak Hamdan.
PAK HAMDAN
Petang tadi.
Baru balik kau Kamarul?
Kamarul duduk di kerusi.
Izati bangun lalu membawa beg bimbit Kamarul dan beredar ke dapur.
KAMARUL
Ha ah, abah. Banyak kerja kat pejabat tadi.
Ha, abah datang sini naik apa? Rina ambil?
PAK HAMDAN
Tak... Abah datang naik teksi.
KAMARUL
La...kenapa tak telefon. Boleh Kamarul ambil kat stesen bas tadi.
PAK HAMDAN
Huh, abah dah telefon, kamu tu yang tak jawab...
Kamarul terdiam dan berfikir seketika di mana dia teringat kepada panggilan yang tidak di jawabnya siang tadi.
KAMARUL
(senyum) Tak telefon Farid?
PAK HAMDAN
Farid? Lagilah, kau nak abah patah pinggang naik motor dia.
Tak kuasa, abah...
Kamarul tersenyum.
PAK HAMDAN
Eaa... Abah datang ni pun sebab nak uruskan hal Haji abah kat sini. Boleh kamu hantar abah besok?
KAMARUL
Besok... Ish, tak dapatlah, bah. Besok Kamarul kena pergi Melaka. Ada mesyuarat kat sana.
Suruh Rina jelah yang hantar. Lagi pun, pejabat dia dengan Tabung Haji tu, tak jauh.
Pak Hamdan mengalah.
PAK HAMDAN
Takpelah. Nanti abah bagi tahu, Rina.
KAMARUL
Takpelah, bah. Kamarul naik mandi dulu. Nanti kita sambung...
PAK HAMDAN
Ha ah. Eloklah tu..
Kamarul memegang kepala Ikhwan seketika sebelum dia beredar meninggalkan ruang tamu.
CUT TO/
21. Int. Kilang / Kantin – siang
Watak : Farid, Ravi, Kamal
Farid bersama Ravi dan Kamal duduk semeja makan sambil berbual.
FARID
Ravi, bolehlah. Kali ni je aku minta tolong dengan kau.
Ravi melihat Farid dan menjeling.
Farid melihat Kamal pula.
FARID
Kau Kamal?
KAMAL
Aku? (senyum) Susahlah, Farid...
Farid tunduk sahaja.
Ravi melihat Farid sebelum melihat ke arah Kamal pula.
RAVI
Penting sangat ke, Farid?
FARID
Pentinglah. Kalau tak penting buat apa aku nak minta dengan kau orang berdua.
RAVI
Takpelah. Aku rasa minggu depan aku takde hal. Kau ambillah tempat aku.
FARID
(senyum) Betul?
RAVI
Kawan punya pasal, apa mau kisah.
FARID
Terima kasih, Ravi...Terima kasih...
Farid bersalam dengan Ravi.
CUT TO/
22. Int. Kereta Rina – siang
Watak : Marina, Pak Hamdan
Marina sedang memandu dan berbual melalui alat pendengaran telefon bimbitnya sementara Pak Hamdan duduk diam di sebelah.
MARINA
Okey, macam ni. Suruh Encik Mahat datang pukul 2 nanti. Saya masuk pejabat petang ni. (pause)
Iye... saya masuk...
Marina menamatkan panggilannya.
PAK HAMDAN
Kamu kena pergi pejabat ke hari ni?
MARINA
Ha ah abah. Ada pula.
PAK HAMDAN
Eh, bukan ke kamu kata kamu cuti hari ni?
MARINA
Rina memang cuti hari ni, tapi bos Rina tu suruh Rina datang. Nak buat macam mana, bah. Kerja makan gaji...
Pak Hamdan diam.
Marina memberhentikan keretanya di tepi jalan.
MARINA
Dah sampai pun.
Pak Hamdan melihat keluar dari tingkap kereta.
Marina mengeluarkan duit bernot RM10 dari dalam beg tangannya.
MARINA (sambung)
Eaa..abah, abah ambil duit ni, buat tambang teksi nanti. Rina rasa Rina tak sempatlah nak ambil abah petang karang..
Pak Hamdan melihat Marina. Dia kemudian mengambil duit dari Marina itu lalu membuka pintu dan keluar.
CUT TO/
23. Ext. Jalanraya
Watak : Pak Hamdan
Pak Hamdan keluar dari kereta Marina dan menutup semula pintu.
Kereta yang di pandu Marina beredar.
Pak Hamdan melihat sahaja sebelum beredar menaiki tangga menuju ke Tabung Haji.
CUT TO/
24. Int. Rumah Kamarul
Watak : Farid, Kamarul, Marina, Pak Hamdan, Izati
Farid, Kamarul dan Pak Hamdan berada di ruang tamu rumah sewa Farid sambil berbual.
Marina dan Izati muncul dengan membawa dulang yang berisi air minuman.
Marina menghidangkan air minuman di atas meja.
KAMARUL
Jadi abah nak balik hari ni juga?
Farid melihat Pak Hamdan.
PAK HAMDAN
Ha ah.
MARINA
Ala, buat apa nak balik, bah. Duduk lah sini sehari dua lagi, lagi pun bukannya ada siapa pun kat kampung tu.
FARID
Betul tu, abah. Lagi pun abah tak pernah pergi rumah Farid. Apa kata kalau abah tinggal kat rumah Farid je...
MARINA
Kau nak abah duduk kat rumah kau? Dengan apa pun takde. Makan tak tentu hala. Baik tak payah, abah.
Farid menjeling pada Marina.
PAK HAMDAN
Urusan abah kat sini dah selesai, abah tak nak tinggal lama sangat kebun kat kampung tu. Esok lusa, Awang Talib nak datang ambil pisang.
KAMARUL
Habis, siapa nak hantar abah balik ni? Saya cakap awak-awal, tak boleh, sebab lepas ni saya nak pergi ambil Ikhwan kat kampung.
MARINA
Eaa.. Rina pun tak bolehlah. Kejap lagi Rina ada majlis makan malam.
FARID
Eh, tiba-tiba je semuanya ada kerja. Macam dah pakat pula.
PAK HAMDAN
Dah...dah... Abah boleh naik bas. Bukannya susah sangat pun.
Marina, Kamarul melihat Farid.
Farid berwajah selamba.
CUT TO/
25. Int. Kilang / Kantin – siang
Watak : Farid, Kamal, Ravi
Kamal dan Ravi sedang makan di satu tempat.
Farid muncul dengan membawa segelas minuman. Dia duduk di sebelah Ravi dan meneguk perlahan air minumannya.
FARID
Ravi, aku rasa tak jadilah aku tukar syif dengan kau.
Ravi melihat Farid.
RAVI
(hairan) Kenapa? Kau kata ada hal penting.
FARID
Dah selesai dah pun...
KAMAL
Dah selesai? Apa hal ni, cuba kau cerita kat kita orang. Manalah tahu kita orang ni boleh tolong.
RAVI
Betul. Cuba cerita.
FARID
Abah aku tu... aku ingat dia nak tinggal lama kat sini, rupa-rupanya sekejap je, dah nak balik. Teringat kat kebunlah, rumahlah, macam-macamlah. Bukannya apa pun...
KAMAL
(senyum) Biasalah, orang tua, Farid. Kau ingat mereka tu tahan duduk lama kat bandar besar macam ni? Suasana kampung dan bandar lain Farid.
RAVI
Tapikan, aku rasa bukan pasal suasana lah... sekarang semua tempat boleh kata sama saja. Ada kampung, ada bandar, jalan sesak.
KAMAL
Eh, kau ni. Kau mana tahu, kau bukannya ada kampung.
RAVI
Memang aku takde kampung, tapikan, cuba kau orang berdua fikir, kenapa orang tua tak suka duduk lama kat rumah kita?
Farid dan Kamal berpandangan.
KAMAL
Kalau kau tahu, kenapa?
RAVI
Orang tualah..., kita kena faham perasaan dia. Dia bukan tak mahu tinggal lama dengan kita, tapi kau orang fikir, adakah perlu orang tua datang tengok kita, padahal kita sebagai anak yang sepatutnya tengok dia. Hah, itu pasalah...
Farid dan Kamal terdiam berfikir.
KAMAL
Betul juga kata kau tu, Ravi.
(pada Farid) Hah, ini mungkin sebab kau dah lama tak balik kampung.
Farid terkedu. Dia hanya membisu sambil menghirup air minumannya. Tiba-tiba dia berasa sakit kepala. Dia mengurut-ngurutkan kepadalanya sedikti.
RAVI
(hairan) Kau okey ke Farid? Aku tengok kau macam tak sihat je?
FARID
Tak. Aku pening sikitlah. Tidur tak cukup agaknya.
KAMAL
Kalau tak sihat, pergi klinik. Sekarang ni penyakit bukan boleh buat main tau. Demam sikit je, terus pergi klinik. Jangan tunggu lagi.
RAVI
Betul tu. Penyakit sekarnag susah nak jangka ooo...
Farid hanya dia msahaja dan masih mengurut-ngurut kepalanya.
CUT TO/
26. Ext. Warung Pak Dol – siang
Watak : Pak Hamdan, Pak Leh, Imam
Pak Leh dan Imam sedang minum di dalam warung Pak Dol.
Pak Hamdan yang baru pulang dari menghadiri kursus haji masuk ke dalam warung menghampiri meja mereka.
PAK HAMDAN
Assalammualaikum...
Pak Leh dan Imam menjawab salam.
Pak Hamdan duduk di kerusi di hadapan Imam.
PAK LEH
Dolah..! Teh Tarik satu...!!
IMAM
Kau baru balik dari kursus haji ke, Hamdan?
PAK HAMDAN
Ha ah, imam.
Pak Dolah datang membawa secawa air teh tarik dan di letakkan di atas meja di hadapan Pak Hamdan.
PAK LEH
Anak-anak kau tak ikut balik sekali dengan kau ke?
PAK HAMDAN
Tak. Malaslah aku nak nyusahkan dia orang.
PAK LEH
Aku pun hairanlah tengok kau ni. Anak kerja bagus-bagus, pakai kereta besar-besar, nak hantar bapa sendiri balik pun sampai takde masa. Sampai Farid yang kerja kilang tu pun, sama?
Pak Hamdan hanya terdiam dan menghirup teh tarik di hadapannya.
CUT TO/
27. Ext. Siar Kaki Bangunan
Watak : Farid, Wani
Farid dan Wani berjalan di siar kaki bangunan sambil berbual.
WANI
Jadi awak balik kampung minggu ni?
FARID
Rasa-rasanya, jadi kot...
Tak lama, hari ahad balik sini balik..
WANI
Takpelah, sekurang-kurangnya awak balik juga.
Jangan lupa eh, kirim salam saya kat bapa awak tu.
FARID
Insyaallah...
Farid dan Wani beredar.
CUT TO/
28. Ext. Rumah Pak Hamdan – siang
Watak : Farid, Pak Hamdan
Pak Hamdan duduk di bawah pohon kelapa sambil mengikat sabit.
Farid menunggang motorsikalnya jenis Yamaha TZM berhenti diluar rumah Pak Hamdan.
Pak Hamdan melihatnya.
Farid membuka topi keledar dan berjalan menghampiri Pak Hamdan.
FARID
Abah...
Farid bersalam dengan Pak Hamdan.
PAK HAMDAN
Hah, aku ingat dah taknak balik..!
FARID
Abah sihat...?
PAK HAMDAN
Aku sihat ke sakit ke? Ada kau ambil tahu?
Pak Hamdan seperti merajuk dan beredar.
Farid mengajuk cakap Pak Hamdan sebelum mengekorinya dari belakang.
FARID
Tak padan dengan tua, merajuk...
CUT TO/
29. Int. Rumah Pak Hamdan / Dapur – malam
Watak : Pak Hamdan, Farid
Pak Hamdan dan Farid sedang makan malam bersama sambil berbual.
FARID
Abah, Farid balik ni ada hal nak bincang dengan abah.
PAK HAMDAN
Apa dia? Duit?
FARID
Bukan pasal duit.
Eaa...Farid ingat, Farid nak bertunanglah..
Pak Hamdan tersedak.
Farid segera menuangkan air di dalam gelas lalu di beri kepada Pak Hamdan.
Pak Hamdan meneguk perlahan dan kembali tenang.
PAK HAMDAN
Apa kau cakap tadi? Nak bertunang?
Farid hanya mengangguk.
Pak Hamdan tersenyum. Dia membasuh tangan dengan menggunakan teko basuhan di atas meja.
PAK HAMDAN
Anak dara siapa yang mahukan orang macam kau? Ada ke duit kau ni?
Farid semakin panas telinga. Tetapi dia cuba bersabar.
FARID
Farid nak minta abah pergi je rumah dia dan pinangkan untuk Farid. Masalah duit, abah jangan bimbang. Satu sen duit abah pun Farid tak nak.
PAK HAMDAN
(senyum) Kau ingat kahwin ni senang? Dengan kau kerja kilang, gaji berapa sangat, nak tanggung anak orang? Lainlah macam kakak dan abang kau tu.
Farid terus hilang selera makan. Dia membasuh tangan.
FARID
Dahlah bah. Lagi panjang kita borak, lagi melalut jauh abah pergi. Yang penting, Farid tetap dengan pendirian Farid.
Farid bangun lalu beredar.
CUT TO/
30. Ext. Rumah Pak Hamdan – siang
Watak : Farid, Pak Hamdan
Dari luar rumah Pak Hamdan kelihatan Farid yang sudah bersiap untuk pulang keluar dari rumah dan terus menuju ke arah motorsikalnya di halaman.
Pak Hamdan muncul setelah pulang dari kebun.
PAK HAMDAN
Hai, dah nak balik?
Farid melihat Pak Hamdan.
FARID
Ha ah, bah. Besok Farid kerja.
Farid bersalam dengan Pak Hamdan.
PAK HAMDAN
Bawa motor tu elok-elok sikit. Orang kerja tak sampai setahun dah boleh beli kereta, kau kerja dah berapa tahun, motor ni je yang kau mampu beli...
Farid menahan sabar. Dia memakai topi keledar.
FARID
Abah, Farid beli motor ni pun, pakai duit hasil titik peluh Farid sendiri tau...
PAK HAMDAN
Huh, memang duit kau, tapi lagi elok empat tayar dari dua tayar... aku tak tahu berapa tahun lagi kau mampu beli kereta. Tengok macam abang dan kakak..
FARID
Takpelah bah..., Farid mintak diri dulu..
Farid menghidupkan enjin motorsikalnya lalu beredar.
Pak Hamdan hanya melihat sahaja sebelum beredar naik ke rumah.
CUT TO/
31. Ext. Kebun Pak Hamdan – siang
Watak : Pak Hamdan
Pak Hamdan sedang membersihkan kebun. Segala rumput kering di bakar di satu tempat. Dia melihat ke langit cerah di mana matahari terik memancar. Peluh di dahi di sapu dengan tuala yang tersangkut di bahu.
Pak Hamdan membawa parang menuju ke arah satu tempat. Dengan tidak memakai selipar, Pak Hamdan telah terpijak kaca yang ada di dalam semak. Dia mengaduh kesakitan dan melihat kakinya yang berdarah kerana terkena kaca itu.
Dengan tiada pilihan lain, cepat-cepat Pak Hamdan membaluti luka di tapak kakinya itu dengan tuala di bahu. Selepas di balut, Pak Hamdan bangun dengan perlahan dan terhencot-hencot beredar.
CUT TO/
32. Int. Rumah Pak Hamdan – siang
Watak : Pak Hamdan, Pak Leh
Pak Hamdan duduk di kerusi sambil mengurut-ngurut kakinya yang sudah pun berbalut dengan kain pembalut.
Pak Leh muncul menghampiri Pak Hamdan. Dia geleng kepala sahaja sebelum duduk di kerusi.
PAK HAMDAN
Terima kasih jelah, Saleh, bawa aku pergi klinik.
PAK LEH
Aku dah telefon anak-anak kau tu. Minta dia orang balik.
PAK HAMDAN
Ish, tak payahlah. Nyusahkan mereka je. Lagi pun aku tak apa-apa. Boleh jalan lagi.
PAK LEH
Sudah, aku dah telefon dah pun. Kalau takde apa-apa, aku minta diri dulu.
Pak Leh bersalam dengan Pak Hamdan lalu beredar.
CUT TO/
33. Int. Rumah Pak Hamdan / Ruang Tamu – malam
Watak : Pak Hamdan, Kamarul, Izzati, Marina
Pak Hamdan, Kamarul, Izzati dan Marina berbual di ruang tamu.
PAK HAMDAN
Ikhwan, tak ikut balik sekali?
KAMARUL
Tak abah. Dia ikut nenek dan atuk dia pergi Melaka.
MARINA
Macam mana dengan luka abah tu?
PAK HAMDAN
Sikit je. Tadi Pak Lang kamu yang bawa abah pergi klinik.
MARINA
Abah, Rina rasakan, abah tinggal saja kat rumah Rina. Boleh Rina tengok-tengokkan. Nanti luka abah tu dah sembuh, abah baliklah.
PAK HAMDAN
Tak payahlah. Sikit aje ni. Lagi pun banyak lagi urusan abah kat sini.
MARINA
Rina risaulah. Dahlah abah duduk seorang je kat rumah ni. Makan minum abah..Dulu takpelah, ada Farid.
PAK HAMDAN
Takpelah. Abah dah biasa.
KAMARUL
Farid tak tahu ke abah sakit? Kenapa tak sampai-sampai lagi?
MARINA
Ntah. Tadi Rina dah telefon.
KAMARUL
Susah-susah sangat, suruh aje Farid tu jaga abah. Dari dia kerja kilang dengan gaji tak seberapa tu, baik dia tolong abah kat kampung ni.
CUT TO/
34. Ext. Rumah Pak Hamdan
Watak : Farid
Farid yang menunggang motorsikalnya berhenti di halaman rumah. Dia membuka topi keledarnya dan melihat dua buah kereta mewah di luar rumah sebelum berjalan naik ke rumah.
CUT TO/
35. RESUME 33
KAMARUL
Kalau takde apa-apa, kami minta diri dululah, bah.
PAK HAMDAN
Eh, kamu berdua ni nak kemana pula?
KAMARUL
Eaa...aa... yang sebenarnya, saya dah tempah hotel kat bendar tadi sebeba besok Izzati ni ada kursus kat sana. Besok kami datang balik...
Kamarul dan Izzati bersalam dengan Pak Hamdan.
Marina mengemas cawan-cawan di atas meja dan membawanya ke dapur.
Di pintu rumah, Farid terserempak dengan Kamarul yang baru keluar rumah.
KAMARUL
Hah, baru sampai?
FARID
Abang nak pergi mana?
KAMARUL
Keluar kejap...
FARID
Keluar tidur tempat lain..? Rumah ni takde aicond?
Kamarul terkedu dan melihat tajam ke arah Farid.
Farid dengan wajah selamba masuk ke dalam rumah.
Kamarul dan Marina beredar.
CUT TO/
36. Int. Rumah Pak Hamdan / Dapur – siang
Watak : Izzati, Pak Hamdan, Marina, Farid, Kamarul
Marina, Izzati dan Kamarul sedang berbual di meja makan di dapur.
MARINA
Macam mana ni bang, petang ni Rina dah kena balik KL. Siapa yang tengokkan abah tu?
KAMARUL
Abang pun tengah fikir ni...
Farid muncul dan terus ke arah rak pinggan lalu mengambil gelas kosong untuk di tuang air.
KAMARUL
Farid..., sini kejap.
Farid menghampiri meja makan. Dia menuang air kosong yang ada di atas meja ke dalam gelasnya.
FARID
Ada apa bang?
KAMARUL
Macam ni, petang ni abang dan kak Rina dah nak balik KL, apa kata kalau kau jaga abah.
Farid terkedu.
FARID
Apahal pula, Farid? Setahu Farid, Farid bukan seorang je anak abah.
IZZATI
Kau tak kasihan ke tengok abah tu. Dia tu sakit, dahlah tu, nak ulang alik ke tabung haji, kursus. Kau jagalah kejap. Cuti ke...
FARID
Itu Farid tahu, tapi kenapa perlu Farid? Abang dan Kak Rina tak boleh?
MARINA
Akak ada kerjalah, Farid. Penting sangat.
FARID
Abang dan akak selalu pentingkan kerja. Farid pun kerjalah.
KAMARUL
Kerja kami ni lain, Farid. Kau tu kerja kilang je. Gaji berapa sangat. Susah sangat kau berhenti saja dari kerja kilang tu, dan abang boleh bayarlah gaji kau sebulan.
Farid tergamam.
FARID
Oo..., sebab Farid ni kerja kilang, gaji tak besar macam akak dan abang? Sebab tu abang dan akak nak sangat Farid jaga abah. Farid pun ada masa depanlah..!!
MARINA
Masa depan apanya, Farid. Setakat kerja kilang, nak pergi mana? Kilang tu tutup, kau pun bungkus.
KAMARUL
Baik. Macam ni jelah, kau jaga abah sampai abah betul-betul sembuh. Lepas sembuh, kau boleh balik...
Farid geleng kepala dan tersenyum.
FARID
Farid dah rasa jaga abah. Abang dan akak tak pernah kan?
Apa kata kalau abang dan akak pula yang jaga?
KAMARUL
Kau jangan degil, Farid. Aku ni abang kau.
FARID
Jadi? Farid kena ikut cakap abang je? Cakap Farid?
KAMARUL
(tinggi) Farid..!!
FARID
Ha, apahal?
(tinggi) Abang dan akak tu sepatutnya sedar, dulu arwah mak sakit, siapa yang jaga? Arwah mak kencing, berak, siapa yang cuci? Semua Farid. Farid tak pernah nak ungkit pun. Abang dan kak Zati, boleh tidur kat hotel, kak Rina geli... ada abang dan kak Rina fikir?
Marina, Kamarul dan Izzati diam membisu.
Tiba-tiba Pak Hamdan menempik dari satu sudut atas rumah sambil memerhati mereka semua di dapur.
PAK HAMDAN
(tinggi) Sudah..! Kalau nak bergaduh pergi keluar..!!
Kamarul, Marina dan Farid terdiam.
PAK HAMDAN
Aku tahu aku dah tua, menyusahkan kamu bertiga. Aku pun tak minta kamu semua jaga aku...
Pak Hamdan berasa kecewa lalu beredar.
KAMARUL
Ni semua pasal kau. Setuju jelah. Kenapa degil sangat..!!
Kamarul beredar ke atas rumah.
FARID
Dah tu? Kalau abang nak, pergilah jaga...!!
Marina dan Izzati turut beredar sambil menjeling pada Farid.
Farid berwajah selamba lalu beredar keluar mengikut pintu dapur.
CUT TO/
37. Ext. Rumah Pak Hamdan
Watak : Farid
Farid keluar dari rumah dengan perasaan marah. Dia menuju ke arah motorsikalnya. Tiba di sebelah kereta Kamarul, Farid telah bertindak menyepak tayar kereta untuk melepaskan geram sebelum dia naik motor lalu beredar meninggalkan rumah.
CUT TO/
38. Ext. Pondok Tepi Bendang
Watak : Farid
Dari jauh kelihatan motosikal Farid yang di letakkan di tepi pondok sementara Farid duduk di atas pondok itu dan termenung jauh. Dia melayan perasaanya seketika.
DISSOLVE TO FLASHBACK
39. Ext. Kebun Pak Hamdan – siang
Watak : Farid, Pak Leh
Farid sedang membersihkan kebun.
Pak Leh muncul dan menegur Farid.
PAK LEH
Farid...
FARID
Pak Lang...
Pak Leh duduk di satu sudut.
Farid menghampiri dan duduk di sebelah Pak Leh. Dia mengambil botol air dan meneguk perlahan.
PAK LEH
Kamu dah fikir masak-masak nak pergi kerja kat KL tu?
Farid hanya mengangguk. Dia mengesat peluhnya dengan tuala.
PAK LEH
Pak Lang tu bukannya apa, Farid. Sebagai orang tua, Pak Lang rasa elok kamu fikir baik-baik, apa betul ke tindakan kau tu.
FARID
(hairan) Kenapa Pak Lang cakap macam tu?
PAK LEH
Kamu kan tahu abah kamu tu tinggal seorang je kat rumah. Kalau kau keluar dari kampung ni, siapa nak tengok-tengokkan abah kamu tu.
FARID
Tapi Pak Lang, Farid dah bosan hidup kat kampung ni. Abah tu pun selalu membebel je.
PAK LEH
Abah kamu tu memang macam tu. Kamu kena faham, dia membebel sebab apa? Sebab kamu tu malas, suruh belajar kamu tak mahu. Pak Lang tahu, dia sayangkan anak-anak dia.
FARID
Tapi abah tu suka samakan Farid dengan abang Kamarul dan Kak Marina. Farid tahulah Farid tak boleh jadi macam dia orang.
PAK LEH
Itu tanda dia sayangkan, kamu. Anak-anak ni anugerah Tuhan kepada kita. Kamu pun bakal ada anak juga suatu hari nanti. Kamu nak ke anak kamu tu suatu hari nanti jadi macam kamu? Tak kan? Kamu tentu impikan anak kamu akan lebih dari kamu. Macam tu lah perasaan abah kamu sekarang.
Farid hanya terdiam.
PAK LEH
Farid, sebagai anak, kita ada tanggungjawab yang besar kepada ibubapa. Islam meletakkan kedua ibubapa itu pada kedudukan yang mulia. Berbakti kepada ibubapa lebih mulia dari jihad, Farid...
Farid memandang Pak Leh. Dia hanya mampu terdiam.
CUT TO/
40. RESUME 38
Farid memeluk kedua belah pehanya yang rapat di dada sambil airmatanya mengalir membasahi ke pipi.
CUT TO/
41. Int. Kilang / Pejabat – siang
Watak : Farid
Farid berjalan menuju ke arah pintu pejabat kilang. Dia berhenti seketika sambil melihat sampul surat yang mengandungi surat berhenti kerja di tangannya. Setelah lama berfikir, dia membuka pintu pejabat lalu masuk.
CUT TO/
42. Ext. Kilang / Kantin
Watak : Farid, Ravi, Kamal
Farid duduk keseorangan di kantin dengan sebuah gelas minuman ada di atas meja.
Ravi dan Kamal menghampiri Farid.
KAMAL
Farid, betul ke kau nak berhenti?
Farid hanya menganggukkan kepala.
RAVI
Apa pasal, Farid? Awak sudah dapat kerja lagi bagus ke?
FARID
Tak.
KAMAL
Habis tu, kenapa? Sejak kau balik dari kampung, kami tengok kau lain macam je.
FARID
Aku nak jaga bapa aku kat kampung.
Ravi dan Kamal terdiam.
KAMAL
Eh, bukan ke kau ada abang dan kakak kat KL ni. Kenapa tak suruh bapa kau tu tinggal dengan dia orang je?
FARID
Bapa aku tu yang taknak. Dia lebih selesa tinggal kat rumah dia.
RAVI
Aku rasakan, Farid. Tindakan kau tu betul..
Kamal memandang Ravi.
RAVI (sambung)
Aku kalau masih ada orang tua lagi, aku akan jaga mereka. Kalau dulu mereka jaga kita dengan penuh kasih sayang, kenapa kita tak boleh menjaga mereka.
Kamal tiba-tiba berwajah sedih.
FARID
Terima kasih, Ravi...
KAMAL
Bila kau nak balik?
FARID
Petang ni...
Kamal bersalam dengan Farid dan kemudian Ravi pula.
CUT TO/
43. Int. Rumah Pak Hamdan – malam
Watak : Pak Hamdan, Farid
Farid kelihatan sibuk menyediakan makan malam di dapur. Dia menghidangkan makanan di atas meja.
Pak Hamdan yang baru pulang dari masjid masuk ke dapur.
FARID
Makan bah...
Pak Hamdan duduk di kerusi sambil matanya melihat masakan yang terhidang di atas meja.
Farid duduk di kerusi lalu mengambil jug basuh tangan dan di sua kepada Pak Hamdan.
Pak Hamdan memulakan makan dengan menggaul nasi terlebih dahulu.
PAK HAMDAN
Ni apahal nasi lembik je ni?
Kau ingat aku takde gigi nak kunyah?
FARID
Terlebih air tadi, bah.
Pak Hamdan menjeling. Dia kemudian menceduk kuah sup di hadapannya dan menghirup sedikit sebelum meludahnya ketepi.
PAK HAMDAN
(marah) Masin..!! Kau ni reti masak ke tak?
Hish, potong selera akulah kau ni...
Balik sini pun tak boleh harap...
Pak Hamdan meninggalkan meja makan dan beredar.
Farid hanya bersabar dan meneruskan makan.
CUT TO/
44. Int. Bilik Farid
Watak : Farid
Farid duduk di birai katil sambil bertelefon menggunakan telefon bimbintya.
FARID
Saya sabar je tengok kerenah orang tua tu. Kalau tak, lama dah saya balik...
CUT TO/
45. Int. Bilik Wani
Watak : Wani
Wani berbual di telefon dari meja solek menuju ke arah katil.
WANI
Mula-mula je tu. Awak cuba ambil hati dia, lama-lama eloklah tu.
CUT TO/
46. RESUME 44
FARID
Awak bayangkan macam mana situasi saya sekarang ni. Apa yang saya buat, semuanya tak kena. Itu salah, ini tak betul.
Farid merebahkan tubuhnya di atas katil.
CUT TO/
47. RESUME 45
WANI
Bersabarlah. Awak kena ingat, awak masih ada bapa yang perlu awak jaga. Selagi dia masih hidup, selagi itulah dia dibawah tanggungjawab anak-anaknya. Awak ceriakan hidupnya...
48. RESUME 46
Farid hanya mendengar sahaja.
FARID
Takpelah, Wani. Besok saya telefon balik. Saya nak sembahyang.. Bye...
Farid menamatkan panggilan. Kemudian dia bangun dan berjalan keluar dari bilik.
CUT TO/
49. Ext. Bilik
Watak : Farid, Pak Hamdan
Farid berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur. tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat kelibat Pak Hamdan yang sedang berselera makan di meja makan. Farid hanya melihat sahaja dari atas rumah.
CUT TO/
50. Int. Tabung Haji – siang
Watak : Pak Hamdan, Kerani Kaunter
Diperlihatkan kaunter tabung haji kelihatan sibuk sedikit dengan pelanggan yang berurusan di situ dan nombor giliran berbunyi.
Pak Hamdan yang duduk di kerusi menunggu bangun setelah melihat nombor gilirannya di panggil. Dia berjalan ke arah salah satu kaunter dan duduk di kerusi sebelum memberi kad pengenalan dan beberapa dokumen kepada kerani kaunter itu.
Kerani Kaunter itu mengambil kad pengenalan dan dokumen dari Pak Hamdan lalu menyemaknya seketika menggunakan komputer di hadapannya.
KERANI KAUNTER
Pakcik, melihat dari rekod pakcik ni, permohonan pakcik ni tak dapat di proses sebab pakcik masih belum membayar baki wang deposit.
PAK HAMDAN
Berapa lagi, nak?
Kerani kaunter itu menyemak seketika.
KERANI KAUNTER
Lagi lima ribu ringgit...
PAK HAMDAN
Lima ribu...?
Bila pakcik perlu bayar?
KERANI KAUNTER
Kalau diikutkan senarai nama ni, pakcik berada dalam rombongan yang ketiga. Jadi, pakcik perlu bayar baki wang tersebut dua bulan sebelum berangkat.
PAK HAMDAN
Dua bulan? (terdiam seketika)
Insyaallah... pakcik akan cuba..
Pak Hamdan terdiam.
CUT TO/
51. Int. Rumah Pak Hamdan
Watak : Pak Hamdan, Farid
Pak Hamdan sedang bercakap di telefon.
PAK HAMDAN
Baiklah. Jangan lupa beritahu Rina sekali. (pause)
Waalaikumsalam...
Pak Hamdan meletakkan gagang telefon dan senyum sedikit. Dia kemudian beredar menuju ke ruang tamu.
Farid muncul setelah pulang dari kebun. Dia menuju terus ke ruang tamu dan duduk di kerusi.
FARID
Ha, abah. Macam mana? Kalau susah-susah sangat, Farid boleh jual motor Farid tu.
PAK HAMDAN
Huh, besi buruk tu kau nak jual? Berapa sen sangat?
Aku dah telefon abang dan kakak kau. Dia orang tu, setakat lima ribu, pejam mata je bagi kat abah.
Pak Hamdan bangun lalu beredar meninggalkan ruang tamu.
Farid hanya melihat dan diam sahaja.
CUT TO/
52. Ext. Kebun Pak Hamdan – siang
Watak : Farid
Farid kelihatan sibuk membersihkan kebun ketika itu. Sesekali dia mengesat peluhnya di dahi dengan tuala sebelum merasakan keletihan.
Farid berjalan ke arah tempat rehat tetapi secara tiba-tiba dia merasakan sakit di kepalanya. Dia memegang kepalanya sebelum melihat ke langit yang cerah di mana matahari terik memancar ketika itu.
Langkah Farid semakin lemah. Dia berhenti dan duduk seketika. Tidak lama itu, secara tiba-tiba dia termuntah membuatkan dirinya berasa begitu lemah.
CUT TO/
53. Ext.Hospital – siang
Watak : Farid
Farid berjalan keluar dari sebuah hospital dengan memegang sebuah sampul x-ray dan wajahnya kelihatan murung dan sugul sekali. Dia berhenti seketika sebelum menyelak rambutnya lalu beredar.
CUT TO/
54. Ext. Rumah Pak Hamdan
Watak : Farid
Farid melangkah perlahan berjalan pulang ke rumah dengan membawa sampul x-raynya. Dia melihat kereta miliK Kamarul berada di luar rumah ketika itu dan terus berjalan menuju ke arah tangga rumah sebelum terdengaran perbualan Pak Hamdan dan Kamarul di atas rumah. Dia berhenti melangkah dan mendengar.
v/o KAMARUL
Apa yang penting sangat, abah suruh kami berdua ni balik?
CUT TO/
55. Int. Rumah Pak Hamdan / Ruang Tamu
Watak : Pak Hamdan, Izzati, Marina, Kamarul
Pak Hamdan, Kamarul, Marina, Izzati sedang berbual di ruang tamu.
PAK HAMDAN
(senyum) Abah minta maaf sebab terpaksa panggil kamu berdua balik. Sebenarnya abah ada hal nak bincang dengan kamu berdua?
MARINA
Hal apa, abah?
PAK HAMDAN
Kelmarin, abah pergi tabung haji, permohonan abah tak boleh nak proses sebab abah tak bayar baki wang deposit. Lagi lima ribu. Abah ada cuma 2 ribu dalam akaun, tak cukup lagi 3 ribu. Kalau boleh, abah nak pinjam kat kamu berdua, seorang seribu setengah. Nanti lepas abah balik haji nanti, abah bayar balik...
Kamarul dan Marina serba salah.
IZZATI
Kami ni bukannya tak nak tolong abah. Abah pun cakap dah lambat, baru semalam abang Kamarul keluarkan semua duit simpanan dia untuk bayar duit deposit rumah.
PAK HAMDAN
Kamu beli rumah lagi? Rumah sekarang, kamu nak buat apa?
IZZATI
Kami nak cari rumah lebih besar lagi, bah. Rumah sekarang ni, kami bagi sewa kat orang.
PAK HAMDAN
Kalau dah macam tu, nak buat macam mana. Takpelah.
Kamu pula Rina?
Marina serba salah.
MARINA
Eee....eea... ada tu adalah, tapi taklah banyak macam abah nak tu... Sebab baru-baru habis duit simpanan Rina untuk buat syarikat. Abahkan tahu...
Pak Hamdan berasa kecewa tetapi dia tidak menunjukkan rasa sedihnya itu dan mampu tersenyum.
PAK HAMDAN
Takpelah, abah pun tak paksa. Ada rezeki abah pergi haji tahun ni, adalah. Kalau tak, tahun depan pun boleh...
Kamarul hanya diam seribu bahasa.
Marina kelihatan bersalah.
CUT TO/
56. RESUME 54
Farid berada di luar rumah dengan hanya mencuri dengar sahaja perbualan Pak Hamdan sekeluarga ketika itu.
CUT TO/
57. Int. Rumah Pak Hamdan / Bilik Kamarul
Watak : Kamarul, Izzati
Izzati sedang bersiap untuk pulang. Kain baju yang di pakai dilipat dan di masukkan ke dalam beg pakaian.
Kamarul masuk dan berjalan perlahan lalu duduk di birai katil.
KAMARUL
(perlahan) Abang rasa serba salah pula pada abah tu. Dia nak pergi haji, sepatutnya kita yang bantu dia.
Izzati memandang Kamarul.
IZZATI
Abang nak tolong abah? Heh, bang, abang tak dengar apa yang abah abang cakap tadi. Dia ada dua ribu, lagi tiga ribu je tak cukup. Tiga ribu bukan susah nak cari... Kebun abah tu banyak. Apa nak takut.
KAMARUL
Memanglah abah tu banyak kebun, tapi...
IZZATI
Dah. Zati tak nak dengar. Abah tu nak pergi haji sepatutnya dari awal lagi dah simpan duit, bukan tiba-tiba je nak merayu macam ni...
Dahlah, jom kita balik. Zati tak nak tidur kat sini...
Izzati mengemas dalam keadaan geram.
Kamarul keluar dari dalam bilik.
CUT TO/
58. LUAR BILIK
Secara kebetulan Kamarul keluar dari bilik dia terkejut melihat Pak Hamdan yang berada diluar bilik dan wajahnya sedih apabila mendengar perbualan Kamarul dan Izzati tadi di dalam.
Kamarul kelihatan serba salah.
KAMARUL
Abah....
Pak Hamdan tidak bersuara lalu terus beredar menuju ke dapur.
CUT TO/
59. Ext. Pondok Tepi Bendang
Watak : Farid, Pak Leh
Farid termenung jauh ketika duduk di pondok.
Pak Leh datang menyapa.
PAK LEH
Hah, Pak Lang dah agak, tentu kau ada kat sini. Abang dan kakak kau tu ada kat rumah, kenapa kau tak balik.
FARID
Malaslah.
PAK LEH
Farid...Farid... Jangan terlalu ikutkan perasaan. Pak Lang tahu kau marahkan abang dan kakak kau tu, tapi sebagai adik beradik, kita kena berfikiran matang. Berfikir bagaimana mahu berbaik-baik dengan adik beradik. Kalau dari awal dah tak baik, macam mana pula nanti. Itu yang membuatkan adik beradik berpecah belah...
FARID
Ntahlah Pak Lang. Kadang-kadang tu, Farid rasa tindakan Farid ni dah lebih dari cukup. Tapi mereka tu, takkan tak pernah terfikir macam mana Farid fikir?
PAK LEH
(senyum) Itu namanya pengorbanan, Farid. Pengorbanan adalah dituntut dalam agama. Sekecil zahar pun pengorbanan manusia itu, ianya tetap besar di sisi Allah.
FARID
Tapi sampai bila asyik Farid sahaja yang berkorban. Mereka tu kerja gaji besar, bila cerita semuanya besar-besar, sembang kata harta menimbun, tapi nak tolong abah sendiri pun sepuluh sen pun susah...
PAK LEH
Tak semua pisang tu elok dalam setandan, Farid. Kisah hidup kita di dunia ini telah pun tertulis, setiap kejadian ada kelebihan dan kekurangannya. Jika ini yang kamu anggap kekurangan bagi kamu, tapi kamu tak sedar bahawa ini semua adalah kelebihan bagi kamu.
Farid terdiam.
PAK LEH
Dahlah, hari pun dah nak petang ni. Mari kita balik...
Pak Leh terlihat sampul X-ray yang dibawa bersama Farid ketika itu.
PAK LEH
(hairan) Kertas apa tu?
FARID
Tak...takde apa-apa.
PAK LEH
Nampak macam sampul hospital je. Kamu sakit ke?
Farid terkedu dan melihat Pak Leh. Dia berasa seperti ingin menceritakan sesuatu kepada Pak Leh.
CUT TO/
60. Int. Rumah Pak Hamdan / Bilik Farid – malam
Watak : Farid
Farid baru selesai bersembahyang. Dia bangun dan duduk di birai katil sebelum dia menyelak bantal di sisinya dan mengambil sampul x-raynya. Dia melihat seketika.
v/o DOKTOR
Encik Farid, dari sampel yang kami ambil dahulu, pihak kami mendapati, ketumbuhan itu adalah kanser. Encik Farid perlu membuat satu pembedahan segera untuk membuang kanser tersebut bimbang ianya akan merebak dan boleh mengancam nyawa Encik Farid...
Farid mencampakkan x-ray itu ketepi. Dia bersandar di belakang katil dan termenung seketika.
v/o PAK LEH
Farid, sebagai anak, kita ada tanggungjawab yang besar kepada ibubapa. Islam meletakkan kedua ibubapa itu pada kedudukan yang mulia. Berbakti kepada ibubapa lebih mulia dari jihad, Farid...
v/o WANI
Bersabarlah. Awak kena ingat, awak masih ada bapa yang perlu awak jaga. Selagi dia masih hidup, selagi itulah dia dibawah tanggungjawab anak-anaknya. Awak ceriakan hidupnya...
v/o PAK LEH
Itu namanya pengorbanan, Farid. Pengorbanan adalah dituntut dalam agama. Sekecil zahar pun pengorbanan manusia itu, ianya tetap besar di sisi Allah.
Farid mengalirkan airmata.
CUT TO/
61. Ext. Taman – siang
Watak : Farid, Wani
Farid memeluk tubuh melihat jauh ke tengah taman.
Wani menghampiri di sebelah Farid.
WANI
Apa halnya awak nak beritahu saya?
Farid melihat Wani di sebelah.
FARID
Adakalanya kita berada di dua persimpangan, dan memaksa kita membuat pilihan. Walaupun berat untuk saya luahkan, tetapi saya rasa inilah pilihan yang paling tepat untuk saya.
WANI
Farid, cuba berterus terang saja.
FARID
Kita sebagai manusia, hanya mampu merancang, Wani. Tuhan sajalah yang menentukan segalanya. Anggaplah perhubungan kita selama ini hanya sekadar kawan biasa...
Wani terkejut.
WANI
Tapi kenapa, Farid?
Apa silap Wani?
FARID
Awak tak salah, Wani. Farid yang bersalah kerana...,
WANI
(tinggi) Kerana apa...!!?
FARID
Kerana bercinta dengan awak...
WANI
Adakah ajakan awak untuk bertemu saya hari ini hanya untuk semua ini? Kau penipu..! Penipu..!!
Wani terkejut sebelum bertindak beredar meninggalkan Farid dalam diri yang cukup sedih dan menangis.
Farid hanya melihat sahaja dengan wajah yang bersahaja.
v/o FARID
Wani, walaupun kau lihat betapa lembutnya bibir ku berkata, tetapi kau tak tahu hatiku betapa beratnya untuk melepaskan kau. Maafkan aku Wani...Maafkan aku... Aku terpaksa kerana tak mahu melihat kau lebih menderita...
Farid mendongak kelangit dan menarik nfas lega.
CUT TO/
62. Ext. Rumah Pak Hamdan
Watak : Farid, Pak Hamdan
Pak Hamdan kelihatan sedang membersihkan halaman rumah.
Farid yang menaiki motorsikal berhenti di halaman. Dia membuka helmet dan berjalan untuk naik ke rumah.
FARID
Abah, Farid dah buat keputusan.
Pak Hamdan terkejut memandang Farid.
FARID
Farid takkan bertunang...
Betul cakap abah. Siapalah Farid ni, Farid takut kalau-kalau tak dapat membahagian anak orang.
PAK HAMDAN
Baguslah tu. Baru sekarang kau pandai gunakan otak kau tu...!
Farid hanya terdiam dan berjalan masuk ke dalam rumah.
CUT TO/
63. Int. Rumah Pak Hamdan / Dapur – malam
Watak : Farid, Pak Hamdan
Farid dan Pak Hamdan di meja makan.
Farid sedang makan dengan penuh selera manakala Pak Hamdan berasa kurang berselera.
FARID
Abah, kenapa ni? Farid masak masakan kegemaran abah tu. Nah, Farid bubuhkan..
Farid menceduk gulai di hadapannya lalu di letakkan di atas pinggan Pak Hamdan.
FARID
Makanlah bah. Sedap ni....
Pak Hamdan membasuh tangannya sebelum bangun dan beredar.
Farid tergamam tetapi mendiamkan diri.
CUT TO/
64. Int. Rumah Pak Hamdan / Bilik Farid - malam
Watak : Farid
Farid sedang duduk berdoa selepas bersembahyang dengan airmatanya yang mengalir.
v/o FARID
Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya, Hamba-Mu ini menadah tangan memohon seribu rahmat dan petunjuk dari-Mu. Ya Allah, jika kesakitan yang kau berikan pada ku ini, aku redha menerimanya tetapi janganlah kau ambil kegembiraan dari raut wajah abahku. Kau makbulkan hajat dan impiannya, Ya Allah, walaupun nyawaku di tukar ganti...
Selepas itu, Farid membaca doa untuk kebahagian kedua ibubapa sebelum mengaminkannya dengan menyapu kedua belah tapak tangannya ke muka dengan airmatanya yang mengalir.
CUT TO/
65. Int. Kaunter Tabung Haji – siang
Watak : Pak Hamdan, Kerani Kaunter, Ext.
Pak Hamdan sedang duduk di kerusi di kaunter sementara menunggu keputusan dari Kerani Kaunter itu.
PAK HAMDAN
Nak buat macam mana, nak. Dah takde rezeki pakcik nak pergi haji tahun ni.
KERANI KAUNTER
Eh, siapa kata pakcik takde duit. Ni ada banyak baki dalam buku akaun pakcik.
Pak Hamdan terkejut.
PAK HAMDAN
Bak sini, pakcik tengok...
Pak Hamdan melihat buku akuannya dan tercatat angkat RM10 ribu di dalam buku akaun.
PAK HAMDAN
(perlahan) Siapa pula yang masukkan duit ni?
KERANI KAUNTER
Kalau ikut dari rekod keluar masuk, ada orang telah masukkan sejumlah 10 ribu ringgit ke dalam akaun pakcik di ibupejabat Tabung Haji dua hari lepas.
PAK HAMDAN
(senyum) Mungkin anak pakcik yang masukkan...
KERANI KAUNTER
Em, jadi pakcik nak teruskan proses permohonan ni.
PAK HAMDAN
Eh, dah ada duit, apa lagi ye tak?
Pak Hamdan tersenyum gembira. Dia menyapu mukanya denga nkedua belah tapak tangan tanda bersyukur.
CUT TO/
66. Int. Rumah Pak Hamdan / Dapur
Watak : Farid
Farid berjalan ke dapur sambil memegang kepalanya yang berasa sakit. Dia mengambil cawan kosong di rak sebelum menuangkan air. Kemudian dia mengeluarkan ubat di dalam poket seluarnya untuk di makan tetapi kesakitan kali ini dia merasakan lebih menyakitkan sebelum dia tidak berdaya untuk bertahan dak akhirnya rebah ke lantai.
CUT TO/
67. Ext. Rumah Pak Hamdan
Watak : Pak Hamdan
Pak Hamdan yang baru pulang dari Tabung Haji melihat keadaan pintu rumah yang ternganga.
PAK HAMDAN
Farid..!!
Mana pula pergi budak ni? Dengan pintu dibiar ternganga macam ni... Hish...! Tak boleh harap..!!
Pak Hamdan melangkah masuk ke dalam rumah.
CUT TO/
68. Int. Rumah Pak Hamdan / Dapur
Watak : Pak Hamdan
Pak Hamdan berjalan dari atas menuju ke dapur sambil memanggil nama Farid.
PAK HAMDAN
Farid..!!
Pak Hamdan terlihat tubuh Farid yang terbaring di lantai dapur ketika itu.
PAK HAMDAN
(terkejut) Ya Allah, Farid...!!
Pak Hamdan segera menerpa ke arah Farid lalu memangkunya. Dia turut melihat botol ubat di tangan Farid ketika itu.
PAK HAMDAN
(cemas) Farid... Kenapa ni nak... Farid...
Pak Hamdan cemas dan hilang punca.
CUT TO/
69. Int. Rumah Kamarul – siang
Watak : Marina, Kamarul, Izzati, Ikhwan, Syukri
Marina dan Izzati sedang berbual di meja makan. Tiba-tiba telefon bimbitnya Marina berbunyi. Dia melihat di skrin seketika.
MARINA
Abah...
Hello Abah...(pause)
Wajah Marina berubah terkejut dan sedih.
MARINA
(menangis) Ya Allah...
IZZATI
Rina...? Kenapa ni?
(tinggi) Abang..!! Abang...!!
Kamarul, Syukri dan Ikhwan masuk ke dapur untuk melihat.
KAMARUL
Kenapa ni?
Kamarul menghampiri Marina dan melihat telefon bimbitnya.
Dia mengambil telefon bimbit Marina itu dan menjawabnya.
KAMARUL
Hello...
Wajah Kamarul turut berubah dan dia berundur kebelakang sebelum melanggar peti sejuk di belakang dan terduduk lalu menangis.
KAMARUL
(menangis) Ya Allah.... Farid....
CUT TO/
70. Ext. Tanah Perkuburan – siang
Watak : Pak Hamdan, Kamarul, Marina, Pak Leh, Ravi, Izzati, Kamal, Wani, Pak Leh, Ext.
Dari jauh kelihatan beberapa orang keluar dari tanah perkuburan setelah selesai upacara menanam mayat Farid.
Pak Hamdan kelihatan bersedih dan duduk di mahu bangun di sisi kubur Farid.
Kamarul memujuknya untuk beredar.
Mereka semua beredar keluar dari tanah perkuburan.
CUT TO/
71. Int. Rumah Pak Hamdan
Watak : Pak Hamdan, Kamarul, Marina, Pak Leh, Ravi, Izzati, Kamal, Wani, Pak Leh
Pak Hamdan duduk bersedih di ruang tamu dan suasana di dalam rumah ketika itu memang kelihatan begitu murung dan sedih sekali.
PAK LEH
Sudahlah tu. Bersabar saja. Ajal maut, semuanya di tangan Tuhan.
Pak Leh menepuk Pak Hamdan untuk dia terus bersabar.
PAK HAMDAN
Kenapa dia pergi secara tiba-tiba, Saleh.
PAK LEH
Sebenarnya, aku tahu kenapa arwah Farid merahsiahkan penyakitnya dari pengetahuan kamu semua. Sebelum arwah meninggal, dia telah menceritakan segala-galanya pada aku...
DISSOLVE TO FLASHBACK
72.RESUME 59
Farid menarik nafas panjang merenung jauh pemandangan di hadapannya.
FARID
Pak Lang tahu, sekarang Farid rasa tenang je. Takde rasa apa-apa.
PAK LEH
Farid, Pak Lang rasa elok kamu beritahu abah kamu. Manalah tahu mereka semua boleh bantu. Kita boleh ikhtiar, Farid.
FARID
Farid rasa belum masanya lagi, Pak Lang. Biarlah abah selamat pergi haji dulu. Farid nak tengok abah gembira kerana cita-citanya tercapai.
Fartid teringat sesuatu sebelum dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan ikatan duit yang banyak sebelum berjalan menghampiri Pak Leh.
FARID
Oh ye, Pak Lang. Pak Lang ambil duit ni dan tolong masukkan ke dalam akaun tabung haji abah. Kalau abang Kamarul dan Kak Marina tak boleh nak bantu abah, biarlah Farid berkorban. Farid harap abah dapat tunaikan haji dia tahun ni. (senyum)
Farid meraba pula poket bajunya sebelum mengeluarkan sekeping kertas kecil.
FARID
Nah, ini dia nombor akaun tabung haji, abah.
Farid memberikan kertas itu kepada Pak Leh.
Pak Leh berasa simpati kepada Farid ketika itu.
FARID
Cuma Farid minta, Pak Lang rahsiakan dulu dari abah dan sesiapa pun. Farid terpaksa buat macam ni sebab tak mahu meresahkan hati sesiapa. Anggaplah ini satu pengorbanan dari Farid untuk mereka. Suatu hari nanti, mereka akan faham juga.
PAK LEH
Farid...Farid... Pak Lang tak tahu berapa besar pengorbanan yang dah kau lakukan.
FARID
(senyum) Pak Lang juga yang cakap, ada kalanya kita terpaksa membuat pilihan dan dalam pilihan itu ada pengorbanan. Jadi, inilah pilihan dan pengorbanan Farid.
Pak Leh menghampiri Farid.
PAK LEH
Baiklah. Kalau itu yang kamu mahukan.
Farid yang sedang menitiskan air mata ketika itu melihat Pak Leh sebelum memeluknya.
DISSOLVE TO/
73. RESUME 71
Dari wajah Wani yang sedang menangis sedih itu mendengar cerita dari Pak Leh.
PAK LEH
Duit yang kau tengok dalam buku akaun tabung haji kau tu, Faridlah yang masukkan. Dia telah keluarkan semua duit simpanannya dengan harapan kau dapat menunaikan haji, Hamdan.
Pak Hamdan terkejut.
Pak Leh mengesatkan air matanya.
PAK LEH (sambung)
(senyum) Aku bangga ada seorang anak buah seperti Farid tu. Kesakitan yang dia tanggung selama ini membuatkan dirinya begitu tabah untuk berjuang menggembirakan orang lain.
Pak Leh melihat Kamarul dan Marina.
PAK LEH
Sebelum Farid pergi, dia ada menyampaikan pesan supaya abang dan kakaknya menjaga abah kalau apa-apa terjadi ada dia. Arwah juga meminta ampun dan maaf kalau-kalau ada kesilapan darinya...
Kamarul dan Marina tunduk sahaja.
Pak Leh melihat Wani.
PAK LEH
Wani, sekarang kau faham bukan. Farid bukan sengaja untuk memutuskan hubungan dengan kau. Dia tidak mahu melihat kau menderita kerana berkahwin dengan seorang yang tidak panjang hayatnya...
Wani tersentak dan menangis. Dia memeluk Rina di sebelah.
PAK HAMDAN
(perlahan + sedih)
Ya Allah, aku bersyukur pada-Mu kerana menganugerahkan aku anak sepertinya.
Aku silap, aku buta selama ini. Anak yang aku tak pernah berharap itulah telah membuka mataku dari anak-anak yang lain.
Pak Hamdan menangis.
PAK LEH
Sudahlah. Kita banyak-banyakkan berdoa agar roh Farid di tempatkan dalam golongan orang-orang yang soleh...
Suasana rumah diselubungi perasaan sedih.
CUT TO/
74. Int. Bilik Pak Hamdan – malam
Watak : Pak Hamdan
Dalam suasana yang masih bersedih itu, Pak Hamdan melihat kain ihram yang dibelikan oleh Farid lalu di cubanya ke tubuhnya sambil melihat ke cermin. Pak Hamdan tidak dapat menahan sedih lalu mencium kain ihram itu dengan linangan airmatanya.
CUT TO/
75. Ext. Rumah Pak Hamdan – siang
Watak : Pak Hamdan, Pak Leh, Kamarul, Izzati, Wani, Ravi, Kamal, Marina, Ext.
Pak Hamdan yang sudah bersiap untuk berangkat pergi haji berjalan keluar dari rumah dan diiringi.
Kamarul membawa beg pakaian Pak Hamdan untuk dimasukkan ke dalam kereta.
Pak Hamdan melihat Marina, Izati dan Kamarul seketika.
PAK HAMDAN
Kamarul, Rina, kamu berdua sahaja tinggal sebagai anak abah. Semua yang terjadi pada kita sekeluarga adalah ujian dari Tuhan dan pengajaran bagi kita semua...
Airmata Pak Hamdan mengalir. Dia mengesatkannya dengan tangan.
KAMARUL
Kamarul, didiklah Ikhwan, cucu abah seperti mana arwah adik kamu yang mementingkan ibu bapanya. Jangan biarkan dia ulangi apa yang telah kamu berdua buat pada abah...
Kamarul dan Izzati tersentak.
Kamarul memeluk Pak Hamdan lalu menangis.
KAMARUL
Maafkan Kamarul, abah...
PAK HAMDAN
Kamarul, dulu abah sangka, apa yang abah korbankan untuk membesarkan kamu berdua, memberi pelajaran yang cukup hingga kamu berdua berjaya seperti hari ini, tetapi rupa-rupanya pelaburan itu tidaklah berbaloi bagi abah. Hanya Farid, anak abah tu yang tahu tanggungjawabnya kepada ibubapanya...
Pak Hamdan melepaskan dakapannya dari Kamarul.
PAK HAMDAN (sambung)
Beringatlah, dengan duit, semua kita boleh beli, tetapi duit tidak boleh membeli kebahagian, duit juga boleh membeli semua ubat-ubat penyakit, tetapi duit tidak boleh membeli kesihatan, ingatlah... biar kita miskin di dunia, tetapi kita kaya di akhirat kelak. Itu yang sepatutnya kita cari...
Kamarul, Izzati serta Marina tunduk malu.
Pak Hamdan mengangkat beg pakaiannya.
PAK HAMDAN
(sebak) Walaupun arwah adik kamu dah takde, tapi abah percaya, yang roh adik kamu tentu gembira melihat abah dapat juga pergi haji. Jadi, janganlah menangis lagi... Abah pergi...
Marina dan Kamarul bersalam dengan Pak Hamdan.
Pak Leh melaungkan azan untuk mengiringi pemergian Pak Hamdan ke tanah suci.
Pak Hamdan masuk ke dalam kereta.
Kamarul memandu kereta beredar dari situ.
FADE OUT/
TAMAT
Credit tittle Roll
“SELAGI ADA WAKTU, SELAGI ITULAH MASA YANG ADA UNTUK KITA MENGGEMBIRAKAN MEREKA”
“TERIMA KASIH KEPADA ABAH DAN EMAK KERANA DENGAN KASIH SAYANG ANDA BERDUA MENJADIKAN ANAKANDA KINI SEORANG MANUSIA. SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA ANDA BERDUA”