Sunday, January 2, 2011

APA ADA DI TAHUN 2011

Tahun 2010 telah kita tinggalkan dan kini menjelma pula 2011. Setahun demi setahun masanya cepat berlalu. 365 hari berlalu begitu sahaja bagi mereka yang lalai. Bayangkan pada sejumlah hari itu, apa yang mampu kita lakukan. Fikirkanlah... Untuk tahun ini, aku masih lagi tercari-cari apa yang aku mahukan. Aku masih lagi dibelengu rasa gelisah dendam kesuma pada kehidupan yang ada double standard ini. Aku ingin jadi pembela...pembela pada mereka yang ditindas. Di mata kasar memang tak nampak, tetapi bila kita dah hadapinya, kita akan tahu dimana silapnya. Apa-apahal pun, aku bersyukur masih boleh berkarya. Dari sudut itulah aku gunakan untuk memberi sedikit peringatan dan impak kepada mereka bahawa tak semua orang itu senang... masih ada yang susah...

Semoga pada lembaran baru kalendar yahudi ini iaitu 2011, akan mendatangkan seribu makna kepada anda kalian dalam meniti setiap titik perjuangan. Ingatlah.., adanya kita di dalam dunia ini adalah sebagai khalifah. Kita ada tanggungjawab iaitu kepada agama, bangsa dan negara. Tetapi, sampai sekarang aku masih mencari, apakah aku sudah buat sesuatu pada 3 perkara itu??? Aku anak Malaysia...Anak kelahiran Johor Darul Takzim... Tapi aku masih belum berbuat apa-apa untuknya. Aku bukan mahukan pangkat dan nama, tetapi sekadar menjadi seorang warganegara yang ada tanggungjawabnya...

Sekian...Assalammualaikum.