Tuesday, August 17, 2010

AKU DAN CUACA...

Hari selasa 17 Ogos 2010 - Hari yang paling mengecewakan aku. Kenapa? Begini, dahlah pagi tu aku datang lewat sebab naik kereta pergi kerja. Hujan, nak buat macam mana. Kalau naik kereta, tahu jelah jalan masuk Kuala Lumpur kan? Kalau naik motor boleh sampai 30 minit, naik kereta 60 minit pun belum tentu lagi. Sampai je kat opis, parking pulang satu hal.... Ramainya orang pergi kerja naik kereta hari tu. Sampai semua parking penuh. Tu dia..., nun jauh aku parking dan jalan kaki masuk dalam Wisma. Tengahari, aku kena alih kereta sebab tuan punya tempat parking nak masuk petang. Aku tengok takde pula nama dia kat parking tu. Tapi, biasalah kalau dah nama pun orang punya tempat, jadi kita ni ikut jelah. Aku pun menapak lagi ke sana untuk alihkan kereta. Ikut perkiraan aku, lebih baik aku balik rumah tukar motor lagi bagus sebab petang karang tak payahlah aku nak harungi jem time orang balik kerja nanti. Itu perkiraan aku jelah... Tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Apa yang jadi, tepat pukul 2.00 aku bersiap nak keluar rumah. Dengan segak dan bergaya, lantas aku hidupkan enjin motorsikal aku dan terus meluncur. Kalau sebelum ni, bleh tunggu lagi untuk menyalakan rokok sebatang, tapi bulan puasa.... Tu yang cargas tu. Baru je aku memulakan perjalanan x sampai 1 kilo, zushhh.... hujan turun dengan lebatnya. Aku cepat- cepat pusing balik. Sampai kat rumah, aku sarung baju hujan sebab nak cepat sampai opis, orang tunggu untuk mensyuarat. Segalanya telah siap sedia, aku bagaikan orang nak pergi ke bulan, terus meluncur sekali lagi meredahi hujan yang lebat itu. Aku ingat, adalah setengah2 tempat akan reda, ni tidak, makin lama makin lebat. Sampai kat Pandan, barulah cerha balik. Aku pun lapang sedikit. Tapi yang mengejutkan aku, depan je sedikit, hujan kembali lebat. Kali ni aku kalah. Aku terpaksa juga berhenti sebab terlalu lebat. Dalam kepala hotak aku berfikir. Tadi aku bawa kereta taknak pula hujan lebat macam ni. Aduh... Nak mengeluh banyak2 pun tak guna. Aku tunggulah seketika kat Keramat AU bawah jejambat DUKE. Lama dah aku tunggu... Orang opis dah mula berSMS tanya kat mana. Aku punyalah gabra dan terus cabut. Dengan hujan yang lebt sangat cengitu, aku mula merasakan tak selesa di celah seluarku. Sudah, dek kerana hujan yang lebat tu, baju hujan aku pun dah tak boleh nak tampung air hujan yang banyak tu. Sampai je opis, habis baju dan seluar aku basah semuanya. Bengang aku dibuatnya.
Aku pun terus balik ke rumah. Alang2 dah basah lencun, baik terus basah. Sampai je kat rumah, aku lepak kejap sementara memikirkan apa menu untuk berbuka puasa hari ni. Tepat jam 5.30 petang, aku pun keluar dari rumah dengan menaiki motor untuk mengambil anak-anak aku kat rumah mak dan ayah aku sebab kereta aku tinggal kat sana. Dalam perjalanan ke sana, Ya Allah, sekali lagi aku kena hujan. Kenapa agaknya cuaca pada hari ini macam tak suka pada aku. Apa yang aku buat semuanya tak kena. Aku redah juga. Nasib baik tak lebat sangat. Sampai kat rumah mak dan ayah aku, aku terus pickup anak-anak aku bawa balik ke rumah naik kereta yang setiap hari aku tinggalkan kat sana. Dah, tak hujan pula. Korang sakit hati tak?
Aku cerita ni bukannya apa, cuma nak kongsi macam mana perasaan aku berhadapan dengan dugaan ketika berpuasa. Kalau tak sabar, dah bergelen air hujan aku telan. Hahaha... Itulah kisahnya diantara aku dengan cuaca.

1 comment:

  1. 2 semua dugaan..so, kena banyak2lah bersabar ye en.fadhil.. Tuhan nak tgk sejauh mana kita mampu bertahan..nak2 dibulan puasa nie..renung2kan dan selamat beramal... :)
    ~PSU 1 selaras

    ReplyDelete