Wednesday, April 13, 2011

CUN SANGATKAH KITA???

Ada pompuan cakap kat aku dia susah nak luahkan rasa hatinya pada lelaki yang dia suka... Last2, lelaki tu kahwin ngan orang lain. Dah macam Kuch-Kuch Hota Hai plak... Nak cinta terus datang bergolek ke kaki. Tak pun jodoh turun dari langit... Sebenarnya, dia ni ego... Walaupun tak naik motorsikal Ego.. tapi doa tetap ego. Apa salahnya kalau dia pula yg luahkan dulu. Zaman sekarang ni bukannya jd masalah kalau pompuan luahkan dulu. Macam perigi cari timba. Cuma dia je yang mungkin sombong... Fikir-fikirlah dan CUN SANGATKAH KITA NI??

Apa salah seorang pelawak??

"Kah...Kah...Kah...Kah...!" deraian tawa orang sekeliling ku apabila mendengar jenaka yang ku lontarkan secara spontan. Senyap seketika, deraian tawa itu kembali memecah keheningan suasana. Gelak punyer gelak, ada juga suara sinis dalam gelak menyatakan "Bodohlah kau ni..?" memang bukan maksud dia, tp dek kerana tidak tahan gelak, perkataan yang selalu kena bagi seorang yang suka melawak adalah bodoh, tolol, bengong, siol, macam sial... dan perkataan yang sewaktu dengannya.


Apa salah pelawak tu?? Kenapa dia dipersalahkan. Kenapa kata-kata itu diletupkan ketika mereka sedang gelak ternga-nga... Kah..Kah...Kah... Samalah juga kalau kita tengok raja lawak... bila lawak tu sampai tahap melampau, pasti kita akan cakap, bodoh lawak dia tu.. Betul tak? Sah sah... kena pada pelawak tu. Apa salah dia? Bagi hiburan kat dia, last-last kena hentam walaupun bukan dari niat orang tu sendiri. Aku faham...


Cuba bayangkan? Pelawak memberi hiburan kepada kita... Orang lain gelak gembira, tetapi adakah sesiapa tahu hati dan perasaan pelawak tu? Ada orang nak ambil tahu? Tp..., aku tak marah... sj luahkan perasaan....