Wednesday, April 13, 2011

Apa salah seorang pelawak??

"Kah...Kah...Kah...Kah...!" deraian tawa orang sekeliling ku apabila mendengar jenaka yang ku lontarkan secara spontan. Senyap seketika, deraian tawa itu kembali memecah keheningan suasana. Gelak punyer gelak, ada juga suara sinis dalam gelak menyatakan "Bodohlah kau ni..?" memang bukan maksud dia, tp dek kerana tidak tahan gelak, perkataan yang selalu kena bagi seorang yang suka melawak adalah bodoh, tolol, bengong, siol, macam sial... dan perkataan yang sewaktu dengannya.


Apa salah pelawak tu?? Kenapa dia dipersalahkan. Kenapa kata-kata itu diletupkan ketika mereka sedang gelak ternga-nga... Kah..Kah...Kah... Samalah juga kalau kita tengok raja lawak... bila lawak tu sampai tahap melampau, pasti kita akan cakap, bodoh lawak dia tu.. Betul tak? Sah sah... kena pada pelawak tu. Apa salah dia? Bagi hiburan kat dia, last-last kena hentam walaupun bukan dari niat orang tu sendiri. Aku faham...


Cuba bayangkan? Pelawak memberi hiburan kepada kita... Orang lain gelak gembira, tetapi adakah sesiapa tahu hati dan perasaan pelawak tu? Ada orang nak ambil tahu? Tp..., aku tak marah... sj luahkan perasaan....

No comments:

Post a Comment