Monday, March 28, 2011

Percutian Sekeluarga

Pada 24 hingga 26 Mac 2011, aku sekeluarga telah pergi bercuti di Sabah. Tempat-tempat aku tuju adalah di Kundasang, Ranau dan bandar KK. Tidur semalam di Kundasang untuk menikmati pemandangan di kaki gunung Kinabalu sebelum bertolak balik ke KK dan bermalam semalam di sana sebelum pulang ke KL.


Rata-rata percutian di Sabah kali ini amat menakjubkan. Aku kagum dengan orang-orang Sabah yang tidak lekang dengan senyuman termasuk pihak polis di sana yang sedia membantu aku bila dalam kesesatan mencari jalan. Hahahah... Terima kasih semua.


Lagi satu, Sabah memang tempat menarik bagi kaum hawa kerana di sana banyak menjual barang-barang perhiasan untuk perempuan seperti mutiara. Untuk kaum Adam..., tak tahu nak beli apa.

No comments:

Post a Comment